Sunday, 12 May 2013

Dah tiba masanya Perdana Menteri bertegas...


Mendengar respon Perdana Menteri terhadap soalan yang ditujukan kepada beliau berhubung tajuk Utusan Malaysia (keratan diatas) beberapa hari lalu menggambarkan perasaan halus yang hanya dapat difahami oleh beliau sendiri.Sebagai orang Melayu aku amat bangga dengan respon PM itu dan merasakan Perdana Menteri kini sudah memahami akan sandiwara bangsa ini walaupun sejak beberapa hari yang lalu beliau kerap mengungkap "Saya Perdana Menteri untuk semua kaum",tapi hanya dia dan pejuang tulen Bangsa Melayu yang faham akan maksud tersirat ungkapan itu.

Dah tiba masanya kerajaan melalui Penguakuasaan diperingkat Persekutuan mahupun kerajaan tempatan MENGGEMPUR setiap perniagaan HARAM bangsa ini yang melibatkan JUDI dan MAKSIAT kerana disinilah segala macam KEKAYAAN mereka perolehi untuk membiayai kempen parti cauvinis Cina untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional,tiada kompromi didalam hal ini walaupun dinegeri negeri yang dikuasai pembangkang.Jika penguatkuasaan oleh Kerajaan Tempatan tidak dapat digerakan secara efektif maka  ianya wajib dilakukan oleh agensi agensi diperingkat Persekutuan.Amat penting kegiatan haram ini digempur untuk memberi isyarat kepada mereka tentang siapa sebenar TUAN dinegara ini.

Langkah seterusnya adalah untuk MEMANSUHKAN Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil secara berperingkat atau sekaligus kerana disinilah punca kegagalan intergrasi kaum yang diusahakan kerajaan selama ini.Tidak mungkin masyarakat majmuk ini mampu dibawa berfikir secara kolektif berteraskan satu semangat patriotik bilamana mereka diasingkan sejak dari kecil lagi dengan wujudnya SJK dan SK ini.Satu mekanisma harus diwujudkan untuk menyediakan satu sistem persekolahan yang dapat diterima oleh semua bangsa dan dalam hal ini suka aku menyarankan agar English Medium School diwujudkan kembali bagi menghindar rasa tidak puas hati kaum Cina dan India bila kedua SJK ini dihapuskan.Bila ini dapat diadakan tidak timbul lagi soal kerajaan memaksa kaum ini untuk menerima Sekolah Kebangsaan kerana mereka bebas memilih diantara perantaraan Bahasa Melayu atau Inggeris.Dalam waktu yang sama kelemahan anak bangsa kita dalam penguasaan Bahasa Inggeris sejak medium ini dimansuhkan akan dapat diatasi dan ianya pasti menjadikan Bangsa Melayu lebih berdaya saing diperingkat Nasional dan Antarabangsa.

Inilah HIKMAH yang tersirat yang dapat kita lihat dalam pola pengundian PRU13 baru baru ini,bahwa orang Melayu punya KEKUATAN sendiri untuk menentukan KUASA POLITIK orang Melayu ditanah bertuah ini tidak dicabar dan diganggu gugat oleh kaum lain terutamanya bangsa Cina dengan taktik kotor perkauman yang melampau.Cuma selepas ini usaha PENYATUAN ORANG MELAYU yang keliru dan tersasar haruslah dititikberatkan agar mereka tidak terus hanyut dalam lagu angan angan Anwar Ibrahim dan sekutunya dalam Pas dan DAP.


1 comment:

  1. OK good articles ....

    tahniah for building new blog for us
    Malay to share ...

    well done !




    DAP = Lu Langsi Lu Matiiiiiiii !

    ReplyDelete